25 July 2008

Telah Kuserahkan Hati


Terbitan Ilmu Bacaria Publishing ( 2007 )
ISBN 978-983-42163-5-1
233 Muka surat

Mira dan Nazrin bertemu setelah Mira berpindah ke Apartment Cempaka.
Pertemuan tersebut membibitkan rasa cinta di hati mereka namun
masing-masing memendam rasa. Setelah Nurin berpindah ke rumah ibu
bapanya, Mira mula merasakan dia hanya mengejar bayang-bayang Nazrin.
Tanpa disangka Nazrin kembali mencurah isi hati lalu keduanya saling
mengikat janji. Hubungan mereka ternyata tidak disenangi oleh Nur Alia
bekas tunang Hazrin yang berusaha merebut Nazrin kembali. Untuk
melaksanakan niat jahatnya ini, Nur Alia menceritakan hbungan Nazrin
dan Mira kepada Datin Umi Kalsom, ibu kepada Nazrin. Lantas Datin Umi
Kalsom bertindak memutuskan hubungan mereka kerana perbezaan darjat.
Mira diberikan cek bernilai seratus ribu dan terpadksa menelan segala
penghinaan yang dilemparkan kepadanya. Demi tidak mahu Nazrin menjadi
anak derhaka, Mira terpaksa melupakan Nazrin apatah lagi dia terpaksa
menggunakan sebahagian wang yang diberikan oleh Datin Umi Kalsom untuk
membiayai pembedahan jantung pak ciknya yang telah memeliharanya sejak
kecil lagi. Nazrin terpaksa mengahwini Nur Alia, namun sehari sebelum
pernikahan mereka, Nazrin bertindak melarikan diri dan membawa Mira
bersama-samanya. Mampukah Mira dan Nazrin menggapai bahagia yang
dicari? Apakah yang telah terjadi kepada Nur Alia? Segalanya terjawab
dalam novel penuh emosi ini.